Tuesday, November 10, 2009

PROGRAM ICT SELEPAS UPSR












Objektif Program ini dikemukakan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar Tahun 6 terhadap pengetahuan asas ICT.
Dua objektif utama :
1) Memberi dorongan atau motivasi kendiri para pelajar Tahun 6 agar mereka berminat terhadap ilmu ICT.

2)Memberi bimbingan tentang kaedah penggunaan ICT yang berkesan dan melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran teknologi.

Pada 29 September 2009 baru-baru ini, satu program tahunan iaitu Program Selepas UPSR peringkat sekolah telah diadakan yang ditujukan khas untuk murid-murid Tahun 6 SK Samarahan Estate pada tahun ini.Program ini adalah di bawah kelolaan Panitia Bahasa Melayu/Inggeris dan Panitia Matematik/Sains.
Penceramah jemputan,En. Raden anak Blayong dari SK Pati,Serian.